I am Shaheera. They, my friends, called me Eewa, Cheewa, Wayne & vampire too. 19. I am weird. Im a girl with braces.
You can find me on facebook/twitter
at @eerawayne. Insta: shaheewa

Dormmates

Boring boring taktahu nak buat apa lebih baik aku memperkenal kan ahli dorm aku. SITI FATIMAH SATU. WE'RE THE UNITED SF1 :) *Jangan nak tiru jugalah kan united united ni. Sakai*

Nurul Azwa Sofia 5PPN. Haiiii kakak. Dia kakak dorm saya dan dia juga Ketua Block form 4. Saya sayang dia. Dia rapat dengan saya. Everything I told her. Tiada rahsia antara kami berdua. Dia baik. Dia caring. Dia gedik. Dia manja. Dia sensitif. Dan sekali sekali dia garang. Dia banyak bersabar. Yelah budak dorm dia kan banyak buat hal --' Lols. Sejak saya kena kacau dengan apetah jadah saya tidur dengan dia. Sejak tuh saya tidur satu katil dengan dia. Sebaik saya tak besar mana, so muat la katil tuh. HAHA. Dia selalu peluk saya ketat ketat munnnyyeer. Kalau dia tak peluk saya, saya akan peluk dia. Hmm rindu. Sebelum kitorang tidur, kitorang selalu bergossip. Hiii. Tapi sejak saya buat hal, segala galanya berubah. Kitorang tak rapat. Tak bertegur. Tapi last last berbaik juga. Saayaaanggg dia , muahh


Nurain Kudari 5EE1. Kakak dorm titew juga. Okay dia saya tak rapat sangat. Tapi dia sangat comel. Suara dia WOW sangat nyaring awak. Dia tidur sebelah Kakphia. Dia rapat dengan Aniss Alya je. Huhu. Serious saya cakap, sejak dia memberitahu warden pasal HAL tuh tuh tuh. Saya menjadi sangat tak sangka dengan dia. Yelah ingat kan dia akan backup kami. Tapi tak. Tapi kami redha dan kami tak berdendam pun dengan dia. Kami sekarang okay. Tuh je saya sayang dia jugaaaa

Alya Zulfa Zulkifly 4PPU. Hai kachip. Hihi ini kachip saya. Dia salah satu ahli MASALAH. Dia gila merah. Dia benci pink. Kalau dia nampak pink. Dia campak je benda tuh. Dia gila. Sama macam otak saya. Apa apa kejahatan yang kami buat sama sama. Tapi dia pro sikit, saya biasa biasa je. HAHA. Dia ni haa kuat makan. Tapi badan dia macam tuh juga. Dia dah sodok semua makanan pun centu. HAHA. Tkpe Alya nanti aku bluetooth sikit lepak aku dekat kau ye. K sejak beberapa bulan lepas saya start tidur dengan dia. Kesian kakphia. Hihhiih. Saya tidur sekatil dengan dia. Dia susah nak bangunpagi. Penat saya kejut dia. Tapi tidur balik. Kalau nampak dia bangun awal tuh, mesti sume orang terkejut. HAHA. Kebencian kami sama. kebencian kami hanya pada satu kat asrama tuh. LOLS. Ohh mulut alya sangat pedas. Fuyooo. Pedas asam pedas. HAHA. K tuh je saya sayang dia sangat sangat.

Nor Ain Farhana 4PK. Hai AF. Dia AF. Dia tak suka orang panggil nama betul dia so kitorang semua pggil dia AF. Af pun af lah. Hahaha. K dia salah satu ahli MASALAH yee. Haha. Dia gila. Selalu kena buli dengan saya. Tapi dia tak penah marah. Dia suka je dan buat muka redha jelah kan. Dia je selalu sukarelawan nak bagi saya gigit dia. Saya gigit dia rasa tulang je. Dia sangat kurus tapi body dia lawo. Cam model. Belum tengok dia catwalk lagi ;) Nampak je nerd gitu. Tapi naaakkaal juga sebenarnya ye. HAHA.

Kanan hujung. Hanis Alya 4EE1. Sorry lah gambar dia sorang takde. Ex bf dia yang bodoh bangang sakai tuh pergi hack fb dia then delete semua gambar dia. K dia. Dia sangat baiiiikkkk. Dia comel weh. Dia cam mak mak orang sikit. Kerja die membebel je. Tapi dia membebel comel je. First time dia masuk semua ingat dia lah bakal barua dorm sebab dia anak buah cikgu kan tapi salaaaahh. Dia ape ape kejahatan kitorang buat mesti dia cover. Sayang ah dia. Hihi.

Sri Kenchana Wungu 4EE2. Unik kan nama dia :) Ini macam mama kitorang semua sebab dia mempunyai sifat keibuan sikit. Bestttt. Dia lembut sangat. Memang err susah la nak tengok dia marah. Kalau saya taakkkkut sangat, saya akan tidur sebelah dia. Sebab dia senang nak di kejut :P Hihihi dia pun sama macam Aniss alya. Segala kejahatan budak dorm buat dia akan cover. So dia memang tkde masalah. Dia exco :) Saya sayaannngggg dia :*

Khairul Bariah 4BB. Dia tak banyak cakap. Dia sedikit matang. Dia buat hal sendiri je. Dia lembut juga tapi kalau ajak dia gaduh dia on. Perggghh harituh saya gaduh comel comel dengan dia pun sakit gak ah. Dia kuaattt. Birthday dia satu hari sebelum saya. Tahun ni kitorang kena tepung sama sama. HAHA lawak je. Sayang juga dia taahuuuu

Rosmaizatul Radzali 4PPN2. Dia rose. Dia gedik. Dia manja. Dulu saya rapat dengan dia. Tapi sejak saya macam terasa dengan dia. Kitorang jadi tak rapat. Hiiii. Dia okay. Dia suka bercerita. Dia juga kadang kadang bagi saya semangat untuk belajar account. Hihih.

Fathiah Zain 4PPN1. K dia classmate aku. Kitorang panggil dia adik. Sebab memang perangai dia stok macm macam adik adik je. Dia selalu kena pijak. Haishh saya backup dia. HAHA dia loaded. Orang senang senang je minta duit dekat dia. Saya tak payah minta dia akan bagi sendiri. HAHA . Kerja dia belanja saya je. Senang hidup saya. Dia kalau sekali balik memang bawa stok makanan untuk sebulan. Tapi maafla ye adik, kerana kalau ada saya dengan alya. Memang kebas dah makanan dia. HAHA. Dia slow tapi baikhati lah. Dia mengada. Dia manja. Dia senang menangis. Dia selalu senyum. Sumpah aku kata kena marah apa pun senyummm je weh. Kadang kadang bila marah dia, dia senyum je, sakit hati juga. Haha. Tapi sayang dia weh. Kalau dia kena buli. Memang satu dorm backup dia doh.

AINI MUFIRAH 4ABM. Sorry lah dia takde gambar. K dia. Dia ganas weh. Tidur pun kaki atas kepala saya tahu. Dia backup besar cause dia besar. Haha tapi baikkkk sangat. Dia cam alim sikit lah. Kenangan dengan dia paling best sekali pada hari sabtu dulu. Dia kejut saya. Suruh solat subuh. Try bayang kan semua nyenyak tidur. Saya, Aini and kakphia bangun solat subuh. Lepas solat subuh solat hajat and baca yasin. Saya taktahu angin apa masuk dalam badan saya time tuh boleh bangun pagi solat subuh then solat hajat siap baca yasin. Perghhhhh aman jiwa saya. Aini lahh pengajak dia. Thanks Aini :') Lepas tuh pagi pagi breakfast then jogging. ahah rajin je time tuh sumpah kenangan time tuh :') Tapi sekarang dia kena buang asrama sebab hmmm adelah tapi saya sayang dia. Hilangnya backup besar SF 1 :"(

SYAFIQAH ROSLI 4PK. Dia budak lanchang. Sama dengan aini lah. Orang panggil dia gajah. Sebab dia paling beso antara ramai ramai budak dorm plus lanchang kan banyak gajah. HAHA dia walaupun badan besar tapi manja cam dak kecik. Tapi muulluutttt pergh pedas la sial. Pedas habis. Suka dengar bila dia cakap pedas pedas ni ;) Sayangg kau gajah.

FATIN 4BB. Kitorang satu dorm tak rapat dengan dia. Dia pun selalu lepak dengan budak dorm adik dia. So cam tak rapat ah. Dia lah men-kantoi kan keadaan haishh barua betul. Sebaik budak dorm. HAHA tapi tkpe saya still sayang dia.