I am Shaheera. They, my friends, called me Eewa, Cheewa, Wayne & vampire too. 19. I am weird. Im a girl with braces.
You can find me on facebook/twitter
at @eerawayne. Insta: shaheewa

Kun Fayakun

Assalammualaikum, semua.


Syukur Alhamdullilah, Allah telah memperpanjangkan umur aku. 

Hal ini kerana, percaya atau tidak aku "hampir" dipukau di depan rumah sendiri. Bukan nak menghina, tapi sememangnya dia bodoh kerana tidak nampak kehadiran adik aku di sebelah.
Cerita ini macam gini lah ye.......
Pada hari ni, kami ( Aku, Adik & mama ) nak pergi ambil titan. Selepas mama ambil adik dari sekolah, mama park je kereta di luar pagar. Harap maklum, hadapan rumah aku adalah dikira jalan utama lah kan nak masuk dari highway. So dipendekkan cerita, aku dan adik lelaki aku ni keluar dahulu, sementara mama aku mengunci pintu pagar rumah. Aku & adik aku ni tunggu lah sebelah kereta. Adik aku duduk di pintu kedua, sementara itu kedudukan aku di hadapan kereta. Ada lah satu motor EX5 berwarna merah lalu, aku perasan. Sampai 50 meter motor kehadapan, dia pusing kembali dan menghala ke aku. Aku dah perasan dari jauh dan anggapan aku mungkin dia nak tanya masjid di mana. Di berhenti di hadapan aku, jauh dalam 10 meter sahaja, kedudukan kami dipisahkan dengan kereta sahaja la kan. Aku tanya kenapa. Lalu aku pandang kedua dua mata dia. Ye, aku pula jenis kalau berborak mmg suka pandang mata orang. Jadi aku pandang yang betul betul pandang. Sementara itu, dia juga memandang aku dengan mulut berkumat-kamit seperti membaca mantera. Dalam hati aku jadah lah dia nak tanya slow semacam ni. Disebabkan tk dengar, aku jerit la dekat dia, nak apa ni, tetiba muka dia bengang. Eh?! Mungkin percubaan untuk memukau tidak jadi. Mama dah jerit tanya kenapa kenapa tu. Aku cuak sangat. Mata dia merah. Semerah merah merahnya. Naik bulu segala romanya. Aku tak dengar jadi aku suruh adik aku pergi dekat tanya dia nak apa. Dia tk perasan adik aku sebelah aku, terkejut muka dia. Sebaik adik aku berbadan sado, naya tak takut dia.  Adik aku pergi pada dia, dia hulur tangan pada adik aku. Adik aku nak shake hands je, tapi dia tolak tangan ke dahi adik aku begitu la kan. Dia berkumat kamit pada adik aku jugak. Tapi adik aku tak lihat mata dia, tapi juga dia dengar perkataan "ikut". Adik blah. Adik aku pun naik cuak. Dia blah macam tuh
Kalau betul betul niat hnya nak bertanya, pasti dia akan cakap dengan nada yang kuat & dia akan berusaha juga nak tanya without blah macam tu je.

Entah lah. Syukur alhamdullilah percubaan membaca mantera dia pada aku tak terjadi. Mungkin berkat bismillah aku sebelum keluar dari rumah.

Sampai sekarang ni, aku masih terbayang akan mata dia. Yang sangat merah itu.

Syukur juga adik aku ikut aku keluar, kalau edoknya mungkin aku dah di angkut oleh mamat indon. Ye yang pasti dia indon okay. Indon celah mana. Minta di jauh dari mamat tidak bermoral dan khurafat ini dan juga niat busuk dia tu.

Oleh itu, girls out there. Please jangan keluar tanpa teman. Dan keluar lah dengan lafaz bismillah dahulu. Insha Allah akan dilindungi walau dengan hanya bismillah ye.