I am Shaheera. They, my friends, called me Eewa, Cheewa, Wayne & vampire too. 19. I am weird. Im a girl with braces.
You can find me on facebook/twitter
at @eerawayne. Insta: shaheewa

Bye first year, Hello second year!



Dalam 4 hari lagi maka berakhirlah kesengsaraan sebagai pelajar tahun satu diploma perancangan bandar dan wilayah di UTMKL. Dan bertambah sengsaralah apabila masuk tahun 2. Lagi bertambah beban, lagi bertambah menangis laju-laju lah aku lepas ni. Argh baru fikir, aku dah stress. Belum melaluinya lagi. InshaAllah aku boleh.

Sepanjang menjadi pelajar tahun satu ni boleh la tahan banyak kenangan bersama. Alik-alik kenangan tu pastinya dengan Elika & Qey. Hujung tahun semester 1, nisa datang untuk bersama mengulik kenangan. Kihkihkih. Nak kata kenangan sangat tahun satu ni, takdelah sangat. Cuma selalu tengok Elika menangis bertalu-talu. Hihihi./kenangan tu. Kahkahkah. Aku masuk semester 2 baru menangis bertalu-talu ni. Stress weh stress. Tahu tak stress?!

Pada semester 1, tahun pertama. Semester paling stress bagi aku dan rasanya semua studiomates merasai begitu juga. Stress lah sebab semua benda baru nak belajar. Kena push oleh lecturers macam gila babi. Culture shock bhai dengan budaya tak tidur berhari-hari ni. Kena siapkan projects. Alik-alik dapat markah tak kena usaha. Usaha tahap dewa, markah macam siput. Re-do projects. Ah re-do projects ni seolah-olah macam melalui stress awal semester. Cib. Tapi harungi jugak demi nak lulus studio. Ah dengan portfolio pula bagai. Then, cuti hanya 2 minggu. Ah cib lagi

Pada semester 2, tahun pertama. I love this semester eventhough i cried a lot this semester but hell yeah tak se-stress semester 1. Tak se-push semester 1. Serious. Tapi itu hanya untuk awal semester je okay. Hahaha. But this semester kurang assignment la. Banyak assignment group. Less test/quiz but the projects argh a bit stressed but alhamdulillah all not in manual like semester 1 kan. Semua kena laptop. Sepanjang semester ni heret la laptop selalu. Kemana je. Dari segi projects this semester, project 1 mudah. Masuk project 2 tak mudah. Masuk project final lagi nokharom. Mungkin this semester rasa best sikit sebab lecturer dia kott. Madam Mareeam as studio lecturer with Miss Nad. Best kott both of them. Tunjuk ajar banyak lah. Miss Nad pun not like semester 1. Menyakitkan hati. Lol. Now, she's the best. Tapi sayang. dia dah keluar from UTM.


Kenangan for semester 2 are:

Went to Kem Kepimpinan Mahasiswa UTMKL. Ergh best tak best lah. Tak best sebab Elika Qey tiada. Best sebab sebaik Nisa and Miera ada menemani hari liku-liku dekat sana. Sana tu dekat Jelebu. Nogori. Em em em banyak aktiviti air tapi banyak lagi ceramah bagai. Argh itu paling aku tak suka. Paling aku lemah. Paling mengundang mengantuk aku sepanjang hari. Dengan tak kenal siapa-siapa. Phew tapi sebaik kenal ramai la jugak at the end tu kan. LOL. Tidur tak penah tak lena. Yang aku tak suka sangat is toilet mereka. Aku sensitif sikit bab toilet ni. Mohon diselenggara toilet tu. Hahaha.

Annual Grand Meeting. Ah paling malu apabila disuruh ke  hadapan mereka semua untuk di soal siasat gara-gara dicalonkan sebagai salah satu bendahari. Ah paling malu lah. Eee tak suka. Sifat pemalu yang semulajadi dalam diri ni sangat tebal dan sukar di bendung. Lol. Alih-alih mereka melantik aku menjadi bendahari URP. Em alih-alih dengan akaun juga aku melekat. Since form 4 jadi ceti kelas sampai ke zaman universiti juga la gamaknya. Ah takdir. Jika itu takdir aku masakan aku hendak menolaknya. Kahkahkah.

A trip to Terengganu for USR. Best ah. Gila tak best. A trip with friends kott. Pergi terengganu pula tu. Kali kedua aku jejak Terengganu ni. Haha malu ah second time baru. Went to Sekolah Sains Hulu Terengganu that night. Tidur pun dekat sana. Ada aktiviti with form 5 that night. Aktiviti memperkenalkan URP ni. Yelah, aku awal-awal pun taktahu apa benda course ni. Atleast let them knw a bit about this course. Tapi macam mereka more to medical and engineering. Yelah, budak sains kan. Lol. Esok tu gerak Kampung Tajin for aktiviti keluarga angkat. Tak sabar but yang membatalkan keseronokan sedikit adalah apabila syahmi kata satu famili satu anak. Thats mean aku dengan Elika akan dipisah. Ahh tidak. No no. Sedih hati. Then pembahagian anak angkat. Aku menjadi anak tok bilal. Jangan main-main tok bilal okay. Perangai setan aku semua buang jejauh. Malaikat habis aku. Lol. Tapi aku takdelah banyak cakap sangat dengan mereka. satu sebab banyak aktiviti. Dua, kurang fahan loghat mereka. Boleh tahan pekat. Hihihi. Mak aku baik gila. Ayah aku pun. Mak banyak cakap. Aku dapat sorang kakak. 2 abang. Rupanya Cikgu Zali tu akan adalah abang aku. Hihihi seronok ada kakak abang. Rasa disayangi. Sampai sekarang dorang contact aku. Cikgu Zali paling sawit sekali. Hihihi. Paling ngeri, paling adventure apabila rumah keluarga angkat aku berbelakangkan kubur dan bersebelahkan tasik yang dikatakan terjumpa mayat Datuk Bandar Terengganu 2 weeks ago. Shit. This is so not happening to me. Aku penakut. Tidur sorang. Lokasi rumah macamtu pulak. Aku rasa nak lari rumah je. Tapi sebaik aku penat gila malam tu. Tidur lena tanpa sempat berfikir ketakutan aku ni. The next day, balik. Singgah Pasar mana entah lupa nama. Then wnt to the beach. Em em best sangat. Lawa pantai dia. Rasa nak mandi. Nak berenang sampai ke tengah laut tu. Indah sangat dekat situ. Argh takpe satu hari nanti aku akan dapat mandi punya. Sampai ke tengah. Hehehehe.Sampai ksj around 1 am okay. Perjalanan yang jauh, tapi membahagiakan ;)

Ah penat menaip. Sudah, sampai sini je mampu.

Sayonara, ketemu lagi cinta hati.